cabaran untuk menjadi keluarga bahagia


images.jpg

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH
SEMESTER 4
FIQH MUNAKAHAT (SYR_3073)


TAJUK:
CABARAN UNTUK MENJADI KELUARGA BAHAGIA
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD AFIF AIMAN BIN AZIZ (D1510779)
PENSYARAH :
USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN



Bil
KANDUNGAN
M/S
1.
PENGHARGAAN

2.
PENGENALAN

3.
MAKSUD KELUARGA

4.
KELUARGA DALAM ISLAM

5.
CABARAN UNTUK MENJADI KELUARGA BAHAGIA

6.
CARA MENGATASI CABARAN

7.
KESIMPULAN

8.
RUJUKAN





PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulilah, tugasan ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
   
          Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabiin, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.

         Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh dari kecil hinggalah ke hari ini dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

         Seterusnya saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada ustaz Suhaimi Bin Abu Hassan yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada  saya untuk meneruskan usaha menyudahkan tugasan ini.

         Akhirsekali, tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Diploma Syariah Islamiyyah semester empat yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna dalam menyiapkan tugasan ini.Tunjuk ajar yang diberi tidak dapat saya bayar dengan wang ringgit tetap ihanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik mereka.

Sekian, terima kasih.



PENGENALAN

Tugasan ini membincangkan tiga kata kunci yang penting iaitu keluarga, keibubapaan dan cabaran semasa dimana ia saling berkait rapat antara satu sama lain. Ibu dan bapa adalah asas pembentukan sebuah keluarga. Dalam proses pembentukan itu, dua insan ini perlu menguasai kemahiran keibubapaan agar dapat menghadapi cabaran-cabaran masa kini yang mengugat institusi kekeluargaan itu sendiri. Cabaran-cabaran yang datang itu sukar dijangkakan.

        Apabila keluarga berjaya mengatasi cabaran, maka sebuah keluarga yang bahagia terbentuk. Membentuk sebuah keluarga bahagia merupakan harapan setiap insan. Dalam usaha ini, pelbagai ilmu dan maklumat diperlukan. Dahulu, sesebuah keluarga bergantung kepada generasi lebih tua dalam mendapatkan nasihat dan sebagainya. Kini, dengan perubahan zaman, keluarga besar (extended family) sudah sukar ditemui. Oleh itu keluarga nukleas perlu berusaha mendapatkan ilmu kekeluargaan dengan cara yang agak berbeza.

       Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang tertentu. Sebagai sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh dalam mewujud dan membentuk satu masyarakat penyayang di mana ahli-ahli komuniti berhubung rapat antara satu dengan lain secara kualitatif, bersimpati antara satu sama lain serta peka dan bertanggung jawab ke atas kesejahteraan dan keperluan ahli-ahlinya. Untuk mewujudkan suasana keluarga yang positif dan kondusif, tunjukkan kasih sayang dan wujudkan interaksi yang sihat di kalangan ahli keluarga.






MAKSUD KELUARGA

Coleman dan Cressy (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai µ a group people by bymarriage, ancestry or adoption who live together in a common household, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai µseisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu serta anak-anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.
       Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi juga datuk, nenek,cucu-cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997).
       Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat. Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya mengandungi sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinan atau adoption. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent family)-Gullota, Adams, Alexander (1986) dan Robins (1996).






KELUARGA DALAM ISLAM

Keluarga merupakan kelompok individu yang mempunyai hubungan rapat dengan lelaki tertentu. Manakala keluarga dalam sistem Islam iaitu satu kelompok yang mengandungi bapa , ibu, nenek, anak lelaki dan perempuan serta cucu dan cicit.
       Golongan remaja sering lupa dan tidak terfikir mengenai peranan sebenar berkeluarga. Lantaran itu mereka apabila mula jatuh cinta dengan seorang wanita atau jejaka, mereka hanya memikirkan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing sahaja tanpa memikirkan peranan yang lebih besar yang akan ditempuhi nanti, justeru setengahnya sanggup menggadaikan maruah dan harga diridengan melakukan perkara-perkarayang diarang oleh agama semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan mereka yang dikasihi. Sedangkankeuiaan dan kehormatan diri itulah yang menjadi asas kepada pembetukan keluarga sakinah dan masyarakat yang sejahtera.[1]
       Sebenarnya Islam amat mementingkan masalah keluarga. Ini dapat dilihat melalui undang-undang dan syariat yang dibuat oleh Islam untuk menyusun institusi kekeluargaan. Antara contoh mengenai perkara perkara tersebut ialah:
1.Perintah supaya berkahwin
Perintah ini dilakukan untuk membentuk institusi kekeluargaan kerana keluarga tidak akan wujud tanpa perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Wahai para pemuda, sesiapa yang telah mampu melakukan hubungan kelamin hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya  berkahwin itu dapat menutup pandangan dan memilihara kemaluan daripada melakukan zina. Kalau tidak mampu, berpuasalah kerana puasa itu menjadi perisai (penghalang) baginya.”  
                                                                                                  (Sahih Muslim no.3464)
Setiap hubungan seks yang berlaku di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan adalah zina dan dilarang oleh agama. Allah berfirman:
(32) سَبِيلًا وَسَاءَ فَاحِشَةً  كَانَ إِنَّهُ الزِّنَا  تَقْرَبُو لاوَ
 “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”[2]                         (Surah al-Isra’ayat 32)
Firman-Nya lagi:
(5)  …..الْمُؤْمِنَتُ  مِنَ وَالْمُحْصَنَتُ…..
“…Dan (dihalalkan kamu berkahwin) Dengan perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya; di antara perempuan-perempuan Yang beriman….”[3] (Surah al-Maidah ayat 5)
Jadi dengan berkahwin, seseorang itu telah menunaikan tuntutan jasmani dan rohaninya tanpa menjejaskan imej dan kredibiliti diri dan kehormatannya.
2.Islam menetapkan tanggungjawab dan hak-hak suami dan isteri
Islam mewajibkan suami dengan perkara-perkara berikut:
        i.            Mas kahwin . Firman Allah:

نِحلَةً  صَدُقَتِهِنَّ النِّسَآءَ وَءَاتُواْ

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib”[4]                                                (Surah an-Nisa’ ayat 4)

      ii.            Memberi nafkah. Firman Allah:

(233)….بِالْمَعْرُوفِ وَكِسوَتُهُنَّ رِزقُهُنَّ  لَهُ المَوْلُودِ وَعَلَى
“…Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya …..”[5]                                                       (Surah al-Baqarah ayat 233)

           Dan sabda Rasulullah s.a.w :
          “Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu member nafkah dan pakaian kepada mereka
           dengan cara yang sepatutnya.”
          (Riwayat Muslim dan Kitab Haji ,bab Haji Nabi no. 1218)
         Ini bermakna, sseorang itu bukan hanya digalakkan berkahwin sahaja tetapi diberikan tanggungjawab berkeluarga seperti memberi nafkah , menyediakan tempat tinggal kepada isteri dan anak-anak , memberikan pendidikan dan menyediakan keperluan hidup berkeluarga dan lain-lain lagi.
    iii.            Bergauldengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah:

(19)بِلْمَعروفِ وَعَاشِرُهُنَّ
“…Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik…”[6]                                                                                 (Surah an-Nisa’ ayat 19)

         Perintah Allah ini sering diabaikan oleh pasangan suami isteri muda apabila berlaku sesuatu krisis atau menghadapi masalah rumahtangga. Mereka mudah melenting dan sering berlaku kasar kepada pasangan, menyakitkan hati dan melakukan penganiyaan sehingga menimbulkan keretakan yang akhirnya boleh membawa perceraian.[7]
Islam mensyariatkan hak anak dan ibu-bapa

Islam telah mewajibkan ibu bapa dengan beberapa kewajipan terhadap anak-anaknya:
1.      Memberikan nafkah. Firman Allah:

(6)…أُجُورَهُنَّ فَأَتُوهُنَّ  لَكُمْ  أَرضَعنَ فَإِنَّ
“Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya (nafkahnya).”[8]                                                                    (Surah at-Talak ayat 6)

2.      Mendidik anak-anak supaya sentiasa beribadat dan berakhlak. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“didiklah anak-anak kamu dengan tiga sifat. Cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga kamu dan membacca al-Quran.”
         (Riwayat dailami dalam jami as-Saghir oleh Imam Sayuti)

Islam mewajibkan anak-anak dengan beberapa kewajipan terhadap ibubapa, antaranya:
1.      Taat kepada kedua-dua ibubapa dalam perkara yang tidak maksiat serta berbuat baik kepada mereka. Firman Allah s.w.t :
تَعْبُدُواْ أَلَّا  رَبُّكَ وَقَضَى
هُمَاتَنْهَرْ وَلَا أُفٍّ لَّهُمَآتَقُل فَلَا كِلَاهُما أَوْ هُمَآاَحَدُ الْكِبَرَ عِنْدَكَ يَبْلُغَنَّ إِمَّا إِحسَنًاوَابِالْوَلِدَينِ إِيَّاهُ إِلَّآ
رَبَّيَانِى كَمَا ارْحَمْهُمَا رَّبِّ وَقُل الرَّحْمَةِ مِنَ الْذُلِّ جَنَاحَ لَهُمَاوَاخْفِض(23) كَرِيمًا قَوْلًا  لَّهُمَا وَقُل  
(24)صَغِيرًا
“Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang daripada keduanya, ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata), ‘Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil’.”[9]
                                                                                                   (Surah al-Isra’ ayat 23-24)

2.      Memberikan nafkah kepada kedua ibubapa sekiranya mereka fakir miskin dan anak pula adalah orang yang senang. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya sebaik-baik harta yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah daripada hasil usahanya sendiri dan anaknya adalah daripada usahanya sendiri.”

“Kamu dan harta kamu adalah hak kedua ibubapa kamu. Sesungguhnya anak-anak kamu  adalah sebaik-baik usaha kamu, makanlah hasil daripada usaha anak-anakmu.”
(Riwayat Abu Daud, bab lelaki yang makan harta anaknya, no. 3028, 3530, At-Tirmizi dalam Kitab Hukum-Hukum, no. 1358, Kitab Fikah Mazhab Syafie 4/581-585)

       Berdasarkan hukum-hukum dan syariat yang dijelaskan melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis diatas menunjukkan betapa islam memberikan perhatian yang amat serius terhadap keluarga dan penjagaanya.



CABARAN UNTUK MENJADI KELUARGA BAHAGIA

Peredaran masa dan perkembangan teknologi telah menyebabkan keibubapaan pada masakini jauh berbeza dengan keibubapaan pada masa lalu. Berbagai cabaran wujud dalam bidang ini yang kadangkalanya memberi kesan kepada interaksi dalam keluarga. Contohnya perkembangan dalam teknologi terutamanya dalam teknologi maklumat telah mengubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan juga pada sistem masyarakat keseluruhannya.
         Cabaran dari aspek penghayatan ajaran agama adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh ibubapa masa kini ketika berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Penghayatan agama sememangnya banyak bergantung kepada komitmen individu namun terdapat individu yang terdiri daripada anak-anak itu sendiri tidak bersedia menerima perubahan yang dibawa walaupun ianya selari dengan kehendak tuntutan syarak.Walaubagaimanapun, masih terdapat ibubapa yang jahil dan masih dibelenggu dengan adat yang melingkari dan melilit diri mereka menyebabkan amalan jahiliah masih berleluasa seperti majlis tepung tawar sewaktu persandingan, joget lambak, potong jambul, pembukaan aurat secara tidak terkawal, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam majlis kahwin dan seumpamanya. Anak- anak akan mewarisi adat serta terikut-ikut dengan budaya ini dan berterusan menentang syarak.
       Antara cabaran yang paling besar dalam melayari bahtera rumah tangga ialah kemewahan dan kebendaan, kejahilan tentang tujuan hidup berkeluarga dalam Islam, pengabaian tanggungjawab di kalangan ahli keluarga serta kurangnya didikan agama. Ibu bapa sibuk dengan kecemerlangan kerjaya dan mencari kekayaan menyebabkan anak-anak dilayan dengan hidup manja dan mewah hingga ketahanan diri anak-anak remaja semakin luntur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dengan masalah sosial. Filem ‘Anakku Sazali’ arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramli merupakan contoh yang paling tepat menggambarkan kesalahan ibu bapa dalam memberi kasih sayang dengan mencurahkan kemewahan yang melimpah ruah kepada anak-anak sehingga menyebabkan mereka lupa untuk bersyukur dan lupa akan tanggungjawab yang sebenar.[10]
        Perkahwinan yang dibina atas dasar nafsu dan satu fitrah hidup manusia sahaja dan bukannya dibina kerana Allah dan tuntutan agama boleh meruntuhkan sesebuah perkahwinan dalam masa singkat. Selain itu, pengaruh persekitaraan, budaya barat serta rakan sebaya dan pengaruh hedonisme yang melampau turut menjadi cabaran yang perlu ditangani ahli keluarga. Status kerjaya dan pendapatan yang berbeza antara suami isteri, kos sara hidup yang tinggi, perkahwinan yang tidak direstu serta kesihatan diri dan hubungan seksualiti yang tidak baik boleh menjadi faktor kerapuhan rumah tangga sehingga berlaku perceraian.
        Perkembangan teknologi maklumat, kemudahan pendidikan dan kewujudan eraglobalisasi telah mempercepatkan penerimaan budaya dan nilai luar ke atas anak-anak. Perkara ini amat membimbangkan ibubapa. Golongan muda yang terdiri daripada anak-anak mereka ini dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti penggunaan dadah, kegiatan samseng, melepak dan perlakuan seks bebas.
        Kini, ramai suri rumah tangga yang merungut akibat daripada masalah kekurangan wang. Pada prinsipnya, ibu rumah tangga harus dapat menyeimbangkan pendapatan dengan pengeluaran. Akan tetapi, manusia sama sekali tidak mengetahui terhadap perkara ghaib, seperti apa yang akan diusahakannya esok. Oleh itu, mungkin saja terjadi kekurangan wang dalam rumah tangga dengan keadaan pengeluaran yang melebihi pendapatan. Kekurangan wang tidak dibenarkan apabila terjadi sebagai akibat adanya pengeluaran untuk membeli keperluan yang tidak penting. Hal itu menunjukkan sistem pengeluaran yang buruk. Wajar jika hal ini terjadi kerana sedikitnya pendapatan atau munculnya keperluan darurat yang tiba-tiba yang tidak diperhitungkan seperti sakit atau kewajipan membayar hutang atau kewajipan membayar ganti rugi yang timbul secara mengejut. Bagi keluarga yang gajinya kecil, kemungkinan terjadinya kekurangan wang yang sangat besar kerana kenaikan harga-harga keperluan asas yang tidak diimbangi dengan tambahan gaji. Tentunya kekurangan wang merupakan keadaan yang harus diatasi, baik oleh Negara mahupun oleh kelompok umat Islam.[11]
        Terdapat beberapa perkara yang sering menjadi punca konflik seperti peranan gender, kesetiaan, kewangan, seks dan anak-anak. Bagi pasangan baru berkahwin, isu mengenai kewangan, keluarga asal, gaya komunikasi, agihan tugas rumah tangga dan cita rasa personal sering menjadi punca konflik. Kebanyakan pasangan berkahwin sering takut akan emosi negatif seperti marah, menolak, cemburu, terluka dan benci. Mereka biasanya sukar untuk menghadapi perasaan tersebut. Apabila konflik wujud, perasaan negatif sering muncul dan jika tidak diuruskan dengan efektif, kesannya adalah membimbangkan. Wujud satu kecenderungan di kalangan pasangan berkahwin untuk membendung kemarahan bagi mengelakkan kesan buruk ke atas hubungan intim. Perasaan marah yang tidak dibendung ataupun diuruskan dengan baik akan menghilangkan rasa kasih dan sayang antara individu terlibat.
        Keibubapaan bersama antara isu penting yang perlu diberi perhatian dalam keluarga zaman moden di mana kebanyakan ibu bekerja di luar rumah. Keibubapaan bersama bermaksud sejauh mana pasangan berfungsi sebagai kawan atau lawan dalam rol keibubapaan. Sebagai contoh, dalam keluarga tradisional, bapa berperanan sebagai pelindung, manakala ibu sebagai pengasuh. Namun pembahagian peranan mengikuti gender ibu bapa telah berubah mengikuti peredaran zaman. Senario pada masa kini menunjukkan ramai ibu bekerja di luar rumah dan ramai bapa berkongsi tugas di rumah. Keadaan ini disebabkan oleh pertambahan ibu yang bekerja untuk menambah sumber  pendapatan keluarga dan ada juga ibu bekerja untuk keseronokan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak mereka terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Ibu bapa juga tidak mengambil tahu akan perkembangan anak-anak dan ini mewujudkan perasaan keselesaan dan kelegaan kepada anak-anak mereka supaya bertindak sesuka hati.
        Cabaran untuk menjadi keluarga bahagia yang seterusnya adalah cabaran keibubapaan. Mendidik anak pada era ini adalah satu cabaran yang besar para ibu bapa. Sudahlah ibu bapa kesuntukan masa untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang sepatutnya, anak-anak pula terdedah kepada pelbagai pengaruh luar yang lebih dominan. Kadang-kala pengaruh itu berada dalam rumah kita sendiri daripada rancangan televisyen yang menunjukkan budaya kuning dan nila-nilai barat yang bertentanggan dengan ajaran Islam, lagu-lagu di radio serta bahan-bahan yang mereka peroleh daripada internet. Diluar rumah pula, pengaruh negatif begitu kuat. Rakan sebaya banyak mempengaruhi kehidupan anak-anak kini. Jika rakan sebaya ini membawa anak-anak itu kepada perkara yang berfaedah, maka baiklah anak-anak itu dan begitulah sebaliknya. Oleh kerana itu, adalah amat penting untuk ibu bapa mengambil tahu siapa rakan sebaya kepada anak-anaknya serta memastikan mereka sentiasa berada di dalam persekitaran yang baik.[12]
        Secara idealnya, fungsi keluarga adalah untuk mememlihara ahlinya. Namun, tidak semua keluarga di dunia ini dapat melaksanakan fungsi tersebut dengan sebaik-baiknya.Walaupun Allah s.w.t. menjadikan pasangan kita sebagai teman hidup agar kita dapat menikmati hidup yang aman, bahagia dan tenteram namun ada juga perkahwinan yang bergolak sepanjang masa. Suami isteri yang sering bergaduh setiap hari akan member kesan yang negatif kepada semua ahli keluarga termasuklah anak-anak. Akhbar sentiasa melaporkan tentang kes-kes keganasan rumah tangga. Di dalam majoriti kes keganasan rumah tangga itu, isteri telah didera dengan amat teruk oleh suami. Begitu juga, ada anak-anak yang didera sedangkan mereka perlu dikasihi dan dibelai manja. Ada pula keluarga yang begitu permisif sehingga membiarkan anak membuat salah laku di depanmata. Terdapat juga kes dimana bapa bertindak seperti ‘haruan memakan anak’. Bukan itu sahaja, sebenarnya terdapat banyak lagi pelencongan-pelencongan yang berlaku dalam keluarga Islam walaupun sebenarnya telah terpandu oleh Al-Quran dan sunnah.
       Cabaran utama yang dihadapi hari ini ialah masalah sosial yang semakin meningkat. Masalah ini pula melibatkan sejumlah besar anak dan golongan dewasa Melayu yang beragama Islam. Data-data tentang penagihan dadah, pelacuran, sumbang mahram, rogol, pembunuhan dan lain-lain menunjukkan sejumlah besar daripada mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam. Dalam masa 20 tahun yang lalu, pembangunan ekonomi dan infrastruktur Negara berkembang begitu pesat. Pembangunan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada orang Melayu beragama Islam mendapatkan pendidikan. Hal ini berbeza dengan keadaan 15-20 tahun dahulu. Tetapi orang Melayu zaman ini mempunyai penyakit malas untuk menuntut ilmu-ilmu fardu ain dan kifayah. Ini sekaligus telah meruntuhkan dan merendahkan maruah anak-anak bangsa Melayu-Islam. Nilai ialah himpunan aspek-aspek moral yang membentuk piagam sosial bagi masyarakat manusia. Namun, persekitaran hidup yang berkembang pesat telah banyak menghakis nilai-nilai murni ini.


CARA MENGATASI CABARAN

Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Memang terlalu banyak cabaran untuk menjadi keluarga yang bahagia, aman dan damai tambahan lagi pada masa kini. Oleh itu, ibubapa perlulah tabah untuk mengharungi segala cabaran bagi mencapai apa yang diinginkan oleh semua keluarga. Disamping itu, ibubapa perlulah pelajari ilmu rumah tangga dengan lebih mendalam dan ilmu untuk mendidik anak-anak.
         Beberapa perkara penting sepatutnya kekal terutamanya dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas keibubapaan. Untuk memastikan keluarga kita stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, kita mesti mempelajari bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Kita mesti belajar untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan peranan kita dengan berkesan. Tugas ini merupakan suatu tugas berat kepada ibu bapa, dan ibu bapa harus bekerja keras untuk mencapainya.
        Ibubapa harus menjadi tanggungjawab utama kepada anak-anak. Didikan dan asuhan ibubapa semasa anak-anak pada tahap kanak-kanak akan memberi kesan kepada kehidupan anak-anak mereka apabila mereka dewasa nanti. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan membentuk personaliti anak-anak kita. Faktor agama memainkan peranan yang dominan bagi membentuk sikap dan nilai yang betul terhadap kehidupan. Pendidikan agama wajar ditekankan di kalangan anak-anak kerana ia merupakan mekanisma dan teknik pengajaran supaya dapat diwujudkan satu budaya baru pelajar yang terdiri daripada anak-anak yang berorientasikan kemodenan, pertumbuhan ekonomi dan tahap toleransi yang memuaskan.[13]
        Ibu bapa sepatutnya menjadikan kekayaan sebagai salah satu platform untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi hamba yang merendah diri serta tidak angkuh. Ibu bapa juga perlu menanamkan sifat bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah dalam diri mereka dan anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu sedar bahawa kekayaan yang dikurniakan oleh Tuhan bukanlah mutlak dan kekal selama-lamaya.
          Setiap ahli keluarga yang perlu memainkan peranan masing-masing demi mempertahankan kebahagiaan yang dibina bersama. Peranan yang paling utama ialah suami sebagai ketua dalam keluarga yang mampu mendidik anak dan isteri untuk mengenali Allah di samping bantuan daripada isteri solehah yang tahu akan tanggungjawab untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah sehingga dapat melahirkan anak-anak yang soleh yang taat pada perintah Allah dan ibubapanya. Semua cabaran itu boleh ditangani jika keluarga dibina atas rasa cinta yang ikhlas kerana Allah sebagai matlamat seluruh keluarga. Jadikan keredaan Allah sebagai matlamat seluruh ahli keluarga dan meletakkan hala tuju masa depan keluarga yang jelas. Apa yang paling utama adalah, setiap keluarga perlu menintik beratkan soal agama dan iman serta memupuk mereka dengan nilai akhlak yang mulia. Selain itu, mencari rezeki yang halal juga merupakan perkara penting supaya sesebuah institusi keluarga dalam Islam adalah memenuhi keperluan jasmaniah dan batiniah atau dunia dan akhirat. Ketenangan, kecintaan dan kasih sayang merupakan intipati kepada kecemerlangan sesebuah rumahtangga.[14]
        Keluarga yang menjadi punca kepada pembentukan komuniti dan negara wajar diberi penekanan dalam apa juga perkara. Nilai kekeluargaan yang dikatakan sebagai punca utama jenayah pelajar ialah perubahan tingkah laku. Pendidikan sejak kecil adalah penentu kepada tingkah laku yang positif. Nilai-nilai yang ditanam ini meliputi emosi, fikiran, pertembungan ideologi dan sebagainya boleh menimbulkan sahsiah yang akan memberi kesan kepada nilai dan budaya dalam sesebuah keluarga. Selain itu, mengajar mereka bagaimana menghormati rakan-rakan, guru, ibu bapa dan masyarakat. Melalui kesedaran inilah kita dapat mempertahankan nilai dan adab sopan generasi akan datang. Pendidikan agama sejak kecil dan dimulakan di rumah seharusnya menjadi elemen yang penting dalam membentuk moral dan mengatasi masalah sosial ini.[15]
       Suri rumahtangga yang baik mampu menyimpan lebihan wang pada hari-hari bahagianya untuk menghadapi hari-hari susahnya. Rasullulah bersabda: ‘Allah akan memberikan rahmat pada seseorang yang berusaha secara halal, membelanjakan dengan sederhana dan dapat menyisihkan lebihan untuk menghadapi hari fakirnya.’ (HR. Ahmad) Dalam hal ini, rumah tangga muslim dapat memiliki simpanan di bank, atau menginvestasikan modalnya sesuai dengan situasi dan keadaan. Perlu diingat bahawa ibu rumah tangga yang baik harus dapat menggunakan simpanan-simpanan itu untuk menutupi kekurangan wang, kerana hal itu lebih baik daripada harus meminjam daripada orang lain.
       Terdapat beberapa kaedah di mana pasangan boleh mewujudkan keadaan positif dalam menyelesaikan konflik, iaitu memperjelaskan isu yang menjadi punca konflik, mengenal pasti apa yang dikehendaki oleh semua individu terlibat, mengenal pasti alternatif yang ada, membuat keputusan bagaimana hendak berunding, memperkukuh keputusan yang telah dibuat. Pasangan juga boleh mengelakkan percanggahan berlanjutan dengan cara mengelak dari menyerang personaliti pasangan, bincang isu dan bukan keburukan peribadi.Selain itu, kita mestilah mengelakkan daripada memberi dua pilihan, individu tidak akan menyukai keadaan terpaksa memilih antara ultimatum. Seterusnya, luahkan segalanya secara ikhlas, elakkan daripada berbohong. Pasangan juga perlu mencuba untuk menyelesaikan konflik secepat mungkin.

        Proses keibubapaan bersama merupakan interaksi di antara perkahwinan dan hubungan ibu bapa dan anak-anak yang mempengaruhi perkembangan anak secara tidak langsung. Keibubapaan bersama di kalangan ibu bapa adalah semakin popular di kalangan ibu bapa muda dan amat digalakkan. Perkongsian tanggungjawab di antara ibu dan bapa mendekatkan bapa ke dalam keluarga pada tahap intrinsic. Bapa atau suami berpeluang untuk belajar tentang keperluan emosi antara ahli keluarga hasil pengalaman daripada perkongsian tugas keibubapaan. Untuk melahirkan keluarga yang harmnoni, ibu dan bapa perlu memainkan peranan utama. Anak-anak yang lahir dari keluarga di mana keharmonian keluarga terjamin ini dapat menghindarkan diri mereka daripada kancah sosial. Anak-anak dari keluarga ini juga akan memikirkan sesuatu dengan begitu rasional sebelum bertindak membuat keputusan. Ini juga dengan sekaligus akan melahirkan anak-anak yang bertanggungjawab.[16]

          Dalam keadaan ini, kemahiran keibubapaan menjadi satu keperluan utama bagi semua ibu bapa. Kemahiran ini dapat diperoleh melalui pembacaan, menghadiri majlis-majlis ilmu tentang keibubapaan serta berkongsi-kongsi pengalaman dengan ibu bapa lain. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh menyorot kembali generasi terdahulu khususnya pengalaman para ibu mithali dan melihat bagaimana ibu-ibu itu mmenjalankan tugas keibubapaan ini sehingga berjaya melahirkan anak-anak yang berjaya.[17]

      Institusi keluarga masa kini perlu sentiasa berwaspasa terhadap konsep, nilai-nilai serta budaya kekeluargaan barat yang sudah mulai meresap kedalam keluarga. Berasaskan kepada latar belakang dan cabaran di atas, elok juga ditelitikan siapakah ‘bapa’ dan ‘ibu’. ‘ibu’ bermakna wanita yang mengandung dan melahirkan anak. ‘Bapa’ pula ialah lelaki yang membolehkan si anak dikandung oleh ibu sehingga dia dilahirkan. Kedua-dua ibu bapa bertanggungjawab membesarkan anak sehingga dewasa dan membentuknya menjadi khalifah di bumi Allah s.w.t. Selain itu, guru juga adalah ibu atau bapa kepada murid di bawah jagaannya. Seseorang dewasa juga adalah ‘ibu’ dan ‘bapa’ kepada anak-anak disekelilingnya. Malahan, seseorang pemimpin juga dianggap sebagai ibu dan bapa kepada kumpulan yang dipimpinnya. Oleh itu, kemahiran keibubapaan perlu dimiliki bukan sahaja oleh ibu dan bapa kepada seorang anak tetapi setiap ahli masyarakat iaitu setiap orang dewasa di Malaysia. Jika tidak semua sekali pun, sejumlah besar daripadanya perlu mempunyai kemahiran keibubapaan ini.

      Anak-anak seharusnya hidup dan membesar bersama ibu dan bapanya, bukannya dengan ‘dipajakkan’ ketempat lain. Hubungan datuk dan nenek dengan cucu-cucunya seharusnya erat dan mesra. Kanak-kanak yang bermoral dan beretika tinggi biasanya berdisiplin dan ini penting untuk membina generasi yang jujur, amanah dan berakhlak tinggi. Konsep atau perasaan ‘malu’ perlu diterapkan sejak anak-anak kecil lagi. Namun, perasaan ‘malu’ ini hendaklah dikaitkan dengan maruah diri dan bukan sifat ‘malu’ yang mengurangkan keyakinan diri anak-anak. Adat resam, budaya dan tatasusila keturunan Melayu terkenal dengan nilai-nilai murni, budaya bahasa yang halus, adat resam dan amalan yang cantik. Tentu sekali Melayu-Islam telah didik bukan sahaja dengan ilmu-ilmu duniawi, adat resam, budaya, sopan-santun, disiplin diri serta maruah diri orang Melayu tetapi melibatkan juga semua bentuk pendidikan dan pengajaran agama Islam. Dengan itu, seharusnya orang Melayu abad 21 ini mencapai tahap pembangunan yang cemerlang sesuai dengan perananya sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t.



KESIMPULAN

Keluarga masa kini sememangnya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang boleh mengugat kesejahteraan keluarga itu sendiri. Bagi mengelakkan hal ini setiap ahli keluarga perlu dididik untuk membina kekuatan bagi mengatasi cabaran-cabaran itu. Dalam hal ini, pendidikan anak-anak perlu diberi perhatian utama.
       Selain itu, kita perlu memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kewajipan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Seterusnya, memberi kefahaman tentang kaedah dan cabaran keibubapaan masa kini. Dengan ini, kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan kehidupan berkeluarga masa kini.
       Setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah, Rasul, diri sendiri, masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan kehidupan kita di dunia ini.
      Kesediaan ibu bapa mengendalikan tanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak merupakan satu perkara yang sangat penting. Ibu bapa mesti bersedia dan merancang apa yang harus dilakukan sebelum mereka menerima kelahiran cahaya mata.
      Mendidik anak pada zaman ini berbeza dengan zaman dahulu. Ayah dan ibu masa kini tidak mungkin boleh mengamalkan pendekatan pendidikan yang pernah mereka lalui dahulu. Sekarang, ramai ibu bapa yang sama-sama bekerja untuk memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka. Peranan suami kini bukan lagi semata-mata untuk mencari pendapatan tetapi perlu juga menyumbang kepada asuhan dan didikan anak-anak.
       Oleh itu, kemahiran keibubapaan zaman ini lebih mencabar. Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, kesabaran yang tinggi serta kerjasama erat antara suami dan isteri maka didikan dan asuhan yang berkualiti akan dapat diberikan kepada anak-anak tersayang.

RUJUKAN
1.      Al-Quran
2.      Kursus Lengkap Perkahwinan, Haji Zainal Sakiban Al-Jauhari, terbitan pertama 2012
3.      Pasangan Impian Panduan Dan Bimbingan Kekeluargaan, diterbitkan oleh Pustaka Ilmi, cetakan pertama 2000
4.      Membina Keluarga Bahagia, Muhammad Abdul Hadi, cetakan pertama 1997
5.      Panduan Merancang Keluarga Bahagia, Ahmad Zawawi Abdullah, terbitan pertama 2008
6.      Keluarga Bahagia Dalam Islam, Mahmud Ash-Shabbagh, cetakan pertama Februari 1990
7.      Kekeluargaan Isam Menurut Al-Quran Dan Assunnah, Paizah Ismail, cetakan 2003
8.      Kunci Kebahagiaan Suami Isteri Dalam Islam, Muhammad Bin Umar An-Nawawi, cetakan pertama tahun 1989
9.      Suami Yang Membahagiakan Isteri, Muhammad Abdul Halim, terbitan 1995
10.  Tanggungjawab Ibu Bapa Dan Anak-anak, Dr. Hassan Hj. Mohd Ali, cetakan pertama 1997


[1] Kursus Lengkap Perkahwinan, m/s 14
[2] Al-Quran, surah Al-Isra’ ayat 32, m/s 285
[3] Al-Quran, surah Al-Maidah ayat 5, m/s 107
[4] Al-Quran, surah An-Nisa’ ayat 4, m/s 77
[5] Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 233, m/s 37
[6] Al-Quran, surah An-Nisa’ ayat 19, m/s 80
[7] Kursus Lengkap Perkahwinan, m/s 15
[8] Al-Quran, surah At-Talak ayat 6, m/s 559
[9] Al-Quran, surah Al-Isra’ ayat 23-24, m/s 284
[10] Membina Keluarga Bahagia, m/s 34
[11] Membina Keluarga Bahagia, m/s 34
[12] Membina Keluarga Bahagia, m/s 35
[13] Panduan Merancang Keluarga Bahagia, m/s 21
[14] Panduan Merancang Keluarga Bahagia, m/s 21
[15] Kekeluargaan Islam Menurut Al-quran Dan Assunnah, m/s 46
[16] Panduan Merancang Keluarga Bahagia, m/s 22
[17] Panduan Merancang Keluarga Bahagia, m/s 22

Ulasan